Tayammum :
Tayammum ialah menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua tangan hingga ke siku dengan beberapa syarat disertai dengan niat.
Syarat-syarat Tayammum :
1. Bertayammum apabila masuk waktu.
2. Telah berusaha mendapatkan air atau tidak dapat menggunakan air.
3. Menghilangkan najis sebelum malakukan Tayammum.
4. Menggunakan debu tanah yang suci.
5. Sekali Taymmum untuk satu solat Fardhu sahaja.
Lafaz Niat Tayammum :
نويت التيمم لاستباحة الصلاة لله تعالى ( Sahaja aku bertayammum untuk membolehkan solat fardhu kerana Allah Ta'ala ).
- Selepas berniat, kita hendaklah menepuk kedua-dua belah tangan pada debu tanah,
- "Tepukan" pertama untuk disapu ke muka,
- "Tepukan" kedua untuk disapu dikedua-dua belah tangan hingga kesiku.
- Debu tanah pada tangan kiri untuk tangan kanan manakala debu pada tangan kanan untuk disapu ke tangan kiri.
0
ulasan
Subscribe to:
Posts (Atom)